Di sini, saya sedar yang saya amat kurang menulis tentang apa yang dikatakan sebagai cinta. Ya, cinta. Bagi saya, saya tidak mahu menjadikan blog ini sebagai tempat untuk meluahkan sesuatu tentang cinta. Biarpun meluahkannya, biarlah dengan cara yang hanya saya seorang saja yang faham. Bagi saya sering meluahkan sesuatu seperti ini di tempat yang terbuka amat menjelikkan. Bagi saya, cinta itu sesuatu yang mengkaburkan mata kita, jika tidak membutakan. Itu pendapat saya.
Namun saya juga manusia biasa, tidak dapat melarikan diri dari sifat ini yang mulanya diciptakan Tuhan untuk berada dalam hati nabi Adam. Saya juga pernah merasa apa itu cinta, walaupun bukan secara total. Biarlah selepas ini nasib saya ditentukan oleh Tuhan bertemu dengan sesuatu yang baik, walaupun tak sempurna. Bagi saya tidaklah perlu berharap sesuatu yang tidak berapa pasti. Seperti sungai, kini saya bagaikan aliran air yang bermula di hulunya, sampai masa akan tiba di hilir sungai dibawa arus.
No comments:
Post a Comment