Kisah dongeng dari utara yang usianya seribu tahun itu dibuka kembali. Kisah yang sepatutnya dilupakan, ditelan oleh zaman dan dibawa oleh angin yang meniup ke arah barat. Kisah tentang dendam, cinta dan persahabatan.
Dahulu di negeri utara, terletak suatu lembah hijau yang lebarnya selebar sayap malaikat Jibril, pesuruh setia yang Maha Esa. lembah yang terberpenghujung itu sangat subur, apa saja hidupan akan menikmati hasil dari kurniaan yang Maha Esa. Hinggakan serigala di lembah itu hidupnya bersama biri biri, kerana mewahnya sumber makanan di lembah utara itu.
Umat disitu tubuhnya rendah, berkulit sawo matang bermata bundar. Mudah tersenyum dan mesra perihal perangai mereka. Hidup bersama sejak ribuan tahun tanpa sengketa. Kerana tiada apa yang hendak direbutkan. semua sumber yang ada mereka kongsi dengan rela hingga tiada sesiapa mendapat kurang dari sepatutnya. bercucuk tanam mereka pelbagai tumbuhan, dan mereka bersyukur hasil pemberian yang dikurniakan.
Di dalam umat itu terdapat dua pemuda bersahabat, berkawannya sudah lama sejak dari usia remaja. Minat keduanya meneroka hutan mencari hasil hutan di pinggir lembah itu. Maka setiap bulan mengambang mereka akan keluar dari desa menuju ke rimba yang dikatakan. Rimba itu tidaklah luas, tapi tidak ramai yang dapat meneroka hingga ke penghujungnya. Pernyataan bahawa rimba itu 'tidak luas' dipersetujui umat lembah kerana berdasarkan kata kata perawi tua yang kononnya telah menerokai rimba itu hingga ke penghujungnya. Malangnya, perawi itu meninggal dunia dua abad yang lalu.
Maka pada haritu temerterailah persetujuan diantara mereka. Mereka mahu meneroka rimba itu hingga ke penghujungnya. Dunia setan apakah yang berada di balik rimba itu mereka tak tahu....
Bersambung
No comments:
Post a Comment