reriang malam
berbunyi sayu dalam sunyi
duduknya di pohon rendang
dan kita terus mendengar
dalam kekosongan
reriang malam
terus alunkan mimpi kita
kerana ia sesungguhnya tahu
kita sedang mendengar
aku khuatir
bila esok tiba
pohon rendang itu tumbang
tiba malam tiada suara lagi
jika esok reriang diam
punahkah jiwa kita
itu satu soalan
dan aku tak ingin menjawabnya
Saturday, 7 December 2013
Wednesday, 4 December 2013
Langit Hitam
langit hitam itu mengunjungi kita semula
di masa bintang mula menjauhi diri
teman sudah melangkah pulang
bila diri keseorangan
bertarung kita dengan rasa takut
hati memukul kuat mahu tahu
rasa tak dapat ditahan
ada apa di sebalik gelap itu?
jadi kita jegilkan mata
cuba menahan segala rasa
ngantuk dipersetankan
tapi malam takkan berulang
akhirnya langit hitam itu pergi
meninggalkan kita dengan rasa hampa
bila suria merah menjelang
kita muram
di masa bintang mula menjauhi diri
teman sudah melangkah pulang
bila diri keseorangan
bertarung kita dengan rasa takut
hati memukul kuat mahu tahu
rasa tak dapat ditahan
ada apa di sebalik gelap itu?
jadi kita jegilkan mata
cuba menahan segala rasa
ngantuk dipersetankan
tapi malam takkan berulang
akhirnya langit hitam itu pergi
meninggalkan kita dengan rasa hampa
bila suria merah menjelang
kita muram
Perihal Cinta
Malam ini hujan turun dengan lebatnya. Saya tidak dapat tidur, memikirkan suatu perkara. Sungguh pun perkara ini tiada kena mengena dengan hujan, namun suasana inilah yang membuatkan saya teringat dengan sesuatu. Perkara ini sudah saya lupakan sekian lamanya, namun bila berkeadaan ini lantas mengingatkan saya kembali.
Di sini, saya sedar yang saya amat kurang menulis tentang apa yang dikatakan sebagai cinta. Ya, cinta. Bagi saya, saya tidak mahu menjadikan blog ini sebagai tempat untuk meluahkan sesuatu tentang cinta. Biarpun meluahkannya, biarlah dengan cara yang hanya saya seorang saja yang faham. Bagi saya sering meluahkan sesuatu seperti ini di tempat yang terbuka amat menjelikkan. Bagi saya, cinta itu sesuatu yang mengkaburkan mata kita, jika tidak membutakan. Itu pendapat saya.
Namun saya juga manusia biasa, tidak dapat melarikan diri dari sifat ini yang mulanya diciptakan Tuhan untuk berada dalam hati nabi Adam. Saya juga pernah merasa apa itu cinta, walaupun bukan secara total. Biarlah selepas ini nasib saya ditentukan oleh Tuhan bertemu dengan sesuatu yang baik, walaupun tak sempurna. Bagi saya tidaklah perlu berharap sesuatu yang tidak berapa pasti. Seperti sungai, kini saya bagaikan aliran air yang bermula di hulunya, sampai masa akan tiba di hilir sungai dibawa arus.
Hujan Jangan Marah
lihatkah?
aku pucat lesi
sembilu hisapi jemari
setiap yang ku peluk dan tangisi
yang sedih aku letih
dengarkah?
jantungku menyerah
terbelah di tanah merah
gelisah dan suka bertanya
pada musim kering
melemah dan melemah.....
oh hujan jangan marah......
aku pucat lesi
sembilu hisapi jemari
setiap yang ku peluk dan tangisi
yang sedih aku letih
dengarkah?
jantungku menyerah
terbelah di tanah merah
gelisah dan suka bertanya
pada musim kering
melemah dan melemah.....
oh hujan jangan marah......
Tuesday, 3 December 2013
Kisah Dongeng Dari Utara
Kisah dongeng dari utara yang usianya seribu tahun itu dibuka kembali. Kisah yang sepatutnya dilupakan, ditelan oleh zaman dan dibawa oleh angin yang meniup ke arah barat. Kisah tentang dendam, cinta dan persahabatan.
Dahulu di negeri utara, terletak suatu lembah hijau yang lebarnya selebar sayap malaikat Jibril, pesuruh setia yang Maha Esa. lembah yang terberpenghujung itu sangat subur, apa saja hidupan akan menikmati hasil dari kurniaan yang Maha Esa. Hinggakan serigala di lembah itu hidupnya bersama biri biri, kerana mewahnya sumber makanan di lembah utara itu.
Umat disitu tubuhnya rendah, berkulit sawo matang bermata bundar. Mudah tersenyum dan mesra perihal perangai mereka. Hidup bersama sejak ribuan tahun tanpa sengketa. Kerana tiada apa yang hendak direbutkan. semua sumber yang ada mereka kongsi dengan rela hingga tiada sesiapa mendapat kurang dari sepatutnya. bercucuk tanam mereka pelbagai tumbuhan, dan mereka bersyukur hasil pemberian yang dikurniakan.
Di dalam umat itu terdapat dua pemuda bersahabat, berkawannya sudah lama sejak dari usia remaja. Minat keduanya meneroka hutan mencari hasil hutan di pinggir lembah itu. Maka setiap bulan mengambang mereka akan keluar dari desa menuju ke rimba yang dikatakan. Rimba itu tidaklah luas, tapi tidak ramai yang dapat meneroka hingga ke penghujungnya. Pernyataan bahawa rimba itu 'tidak luas' dipersetujui umat lembah kerana berdasarkan kata kata perawi tua yang kononnya telah menerokai rimba itu hingga ke penghujungnya. Malangnya, perawi itu meninggal dunia dua abad yang lalu.
Maka pada haritu temerterailah persetujuan diantara mereka. Mereka mahu meneroka rimba itu hingga ke penghujungnya. Dunia setan apakah yang berada di balik rimba itu mereka tak tahu....
Bersambung

Tidurlah Kawanku
tidurlah kawanku
bila dunia menzalimi dirimu
bila bapamu sudah membenci
bila sahabatmu menembak kamu.
tidurlah
dunia sudah melupakan kamu
saudaramu sudah menjual dirinya
tak ada apa apa lagi yang boleh diharapkan
tidurlah
jangan menyesali apa yang kau lalui
apa yang dialami akan menjadi sejarah
walau kau hanya protestan tak bernama
tidurlah
pergilah dengan aman
tugasmu di dunia sudah berakhir
hanya masa akan tentukan,
apa yang kau telah tinggalkan
pergilah saudaraku
percayalah sahabat kita sedang menanti
dengan hangatnya pelukan
dalam mimpi yang panjang
(Solidariti untuk protestan Mesir dan seluruh dunia, yang terkorban dalam menegakkan kebenaran)
Sunday, 1 December 2013
Orang Melayu
Aku rasa orang Melayu ni patut diletak dalam kepompong. Tak patut boleh bagi kena pengaruh luar langsung. Sebab otak orang Melayu ni sangat fragile. Tapi sekarang dah nampak macam dah terlambat untuk orang melayu ni. Jalan pulang dah tak nampak.
Contoh-contoh dah banyak biar aku senaraikan
Contoh-contoh dah banyak biar aku senaraikan
- Orang melayu yang sibuk nak kahwin mahal mahal sebab pengaruh Nona
- Orang melayu sibuk nak jadi artis Youtube
- Orang melayu sibuk nak jadi orang Arab. Padahal tuhan tak suruh pun orang Melayu jadi orang Arab.
- Orang melayu sibuk nak kahwin paksa. Yang ni aku paling meluat
- Orang melayu sibuk nak jadi K-pop
Pendek kata orang melayu ni semua dia nak jadi. Ni sebab pengaruh luar la ni. Kerajaan patut ambik berat hal ni. Pertahankan hak orang Melayu. Orang melayu pun tak patut sibuk sibuk hal orang lain.Orang melayu patut jadi malas ja kat rumah. Aku harap pandangan aku ni akan dipertimbangkan.
Pekerjaan Saya
Aku sekarang dah balik ke kerja lama balik dekat Langkawi. Sebenarnya aku dah 6 bulan dah dekat sini. Entah seronok apa sangat aku kat sini. Tapi kalau aku duduk Gurun mana boleh cari makan. Tak Naza Modenas, tak Modenas kilang kayu ngan plastik dekat Paya Mengkuang. Bosan....
Kerja sebagai kuli dekat sini banyak menuntut kesabaran aku. Nak layan karenah pelanggan bukan senang. Aku bukan boleh masuk sangat hal hal reception ni. Tambah pulak nak berhadapan dengan mangkuk mangkuk yang tak berapa paham bahasa ni.. Menyirap ja kadang-kadang. Padahal datang bukan nak buat apa pun. Nak beli pinggan ja. Balik nak tayang dekat orang kampung la tu. Aku dah tahu dah.
Aku kat sini tak pernah pakai uniform. Uniform tu ada tapi aku sengaja takmau pakai. Lantak la orang nak kata apa haha. Ada sekali tu aku dipandang hina oleh seorang mangkuk. Tie tu aku pakai baju lusuh gila jaga kaunter. Dia tanya aku, "betul ke adik ni receptionist kat tempat ni?" Celaka.
Tapi yang paling rilek mat salleh la. Depa ni selalunya steady ja dengan aku. Aku selalu jugak bertukar tukar pandangan dan rokok dengan mat salleh. Jumpa tepi jalan pun aku siap boleh angkat tangan woi lagi dengan yang sorang tu. Kah kah kah
Apadia, awek melayu? Check in? Macam haram.....
Subscribe to:
Posts (Atom)