Monday, 30 September 2013

esok pasti hadir

esok aku bangun lagi
untuk hadapi hidup dan kamu semua
ini sangat membosankan
kerana masa berlalu terlalu lambat

esok pasti manusia bermuka anjing itu masih ada
menjelir lidah dan mengejek ngejekku
ingin ku baling dengan batu
tapi salakannya kuat
pasti saja tuannya tersedar tindakan ku

kalau boleh malam ini aku ingin
mengatur perbuatanku untuk esok
mana tahu aku terjerat
dengan hasad dengki si muka anjing

ah esok pasti hadir juga





setahun yang lalu

setahun yang lalu
bait bait tawamu berderaian
bersama rona rona warna yang kau bawa
untuk mengisi ruang kecil didadaku

setahun yang lalu
kau dan aku hanya kita berdua
ya kita berdua
hanyut dalam senyuman
berkisah tentang masa depan

kini kau dimana ya
dengan siapa kau disana?
terkadang aku juga tertanya
siapa kau sebenarnya
mungkin aku sudah lupa





Saturday, 21 September 2013

lelah

aku lelah
dicampakkan di tengah pesta keramaian
yang aku tak tahu bagaimana
untuk aku menyambutnya

aku lelah
berjalan di tengah kota raya
bangunan meninggi menyucuk langit
dan gelandangan tidur di kaki lima

aku lelah
bila ku lihat susuk anak muda
berdiri bersama setan setan tua
sama sama menentang keadilan

aku lelah
bila tiba waktu sebelum tidur
memikirkan sepuluh tahun lagi
bagaimana agaknya nasib kita
dalam negeri sewel ini

Tuesday, 17 September 2013

Kawan

asasnya apa ya kawan
diri kita ini
aku sering berpikir
tak bertemu jawapan

ada orang kata padaku
tak usah difikir semua itu
asal mu hidup sudah cukup
bila mati ada yang mengkapankan

hidup saja sudah cukup
kais pagi makan malam
cukup bulan bayar hutang
itukah kita kawan?

atau
hidup mewah wang melimpah
tak perlu gusar semuanya percuma
negara ini beta yang berkuasa
itukah kita kawan?

ah dipikir lagi
sudahlah kawan
aku mahu tidur
esok mahu membanting tulang
untuk hidup kawan


Sunday, 15 September 2013

Ibu

semalam ibu mengeluh lagi
harga getah jatuh mendadak
minggu ini mahu bayar segala
kerana tukang pinjam sudah minta minta

tengahari ini ibu pulang
wajahnya kusam 
matanya berlinangan
torehannya habis dicuri orang

aku tak sanggup lagi
lihat ibu dibuli dari kiri dan kanan
depan dan belakang
kerana dia wanita kuat.